Kapan
dan Bagaimana Alquran Diturunkan
Di antara keistimewaan bulan
Ramadhan adalah di mana Allah telah memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan
yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur’an al-‘Azhim.
Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana
dinyatakan melalui firman-Nya (maksudnya),
“…Bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang
hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)
Begitu juga sebagaimana dinyatakan
di dalam hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa bulan ramadhan
merupakan bulan di mana Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi
‘alaihimus Salaam.
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah
meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa’, bahawa Rasulullah bersabda
(maksudnya),
“Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim
diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal
enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan
al-Qur’an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan.” (Hadis
Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani
di dalam Shahiihul Jaami’ hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir
di bawah penafsiran 2: 185)
Melalui hadis ini juga diperjelaskan
kepada kita bahawa al-Qur’an mula diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24)
di bulan Ramadhan.
Allah menurunkan al-Qur’an kepada
Rasul kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam demi untuk membimbing
manusia. Turunnya al-Qur’an merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan
tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya al-Qur’an pertama
kali jatuh pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan
kepada alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan umat
Muhammad. Di mana umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya
agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagi manusia. Turunnya
al-Qur’an yang seterusnya secara beransur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab
yang turun sebelumnya, sangat mengejutkan orang dan menimbulkan keraguan
terhadapnya sebelum jelas bagi mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik
itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak menerima risalah besar ini
dengan cara sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat
ditawan (dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara
beransur-angsur adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya relevan
dengan peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah
menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.
Turunnya al-Qur’an
Dengan Sekaligus
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
melalui kitab-Nya yang mulia (maksudnya),
“…Bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang
hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)
Dan firman-Nya,
“Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (malam al-Qadr).” (Surah al-Qadr,
97: 1)
Juga,
“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan
dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia
dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
Ayat-ayat di atas tidaklah saling
bertentangan, kerana malam yang diberkahi dalam bulan Ramadhan itu adalah
Lailatul Qadr. Jadi, di sini dapat difahami bahawa al-Qur’an diturunkan ketika
malam al-Qadr iaitu di dalam bulan Ramadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang
bertentangan dengan situasi kehidupan Rasulullah, di mana al-Qur’an turun
kepadanya selama dua puluh tiga tahun. Dalam perkara ini, para ulama terbahagi
kepada dua mazhab (pendapat) utama:
1 – Mazhab (pendapat)
Yang Pertama,
Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudian dipegang oleh jumhur ulama, bahawa “Yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur’an dalam ayat-ayat di atas ialah turunnya al-Qur’an secara sekaligus ke Baitul ‘Izzah di langit dunia untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya bahawa betapa agongnya persoalan ini. Selanjutnya al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang mengiringinya bermula dari beliau diutus sehinggalah wafatnya. Selama tiga belas tahun beliau tinggal di Makkah, dan selama itu jugalah wahyu turun kepadanya. Selepas hijrah, beliau tinggal di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun.” Pendapat ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih dari Ibnu Abbas. Di antara riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah,
Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudian dipegang oleh jumhur ulama, bahawa “Yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur’an dalam ayat-ayat di atas ialah turunnya al-Qur’an secara sekaligus ke Baitul ‘Izzah di langit dunia untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya bahawa betapa agongnya persoalan ini. Selanjutnya al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang mengiringinya bermula dari beliau diutus sehinggalah wafatnya. Selama tiga belas tahun beliau tinggal di Makkah, dan selama itu jugalah wahyu turun kepadanya. Selepas hijrah, beliau tinggal di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun.” Pendapat ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih dari Ibnu Abbas. Di antara riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah,
i – Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu
berkata, “Al-Qur’an diturunkan sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr
(malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia diturunkan selama dua puluh tahun.”
(Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, dan an-Nasa’i) kemudiannya dia membacakan;
“Dan mereka (orang-orang kafir)
tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu),
melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan sebaik-baik penjelasan.”
(Surah al-Furqon, 25: 33)
“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan
dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia
dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
ii – Diriwayatkan dari Ibnu Abbas
Abbas radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Al-Qur’an itu dipisahkan dari adz-Dzikr,
lalu diletakkan di Baitul ‘Izzah di langit dunia. Maka Jibril mula
menurunkannya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat
al-Hakim)
iii – Diriwayatkan dari Ibnu Abbas
radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Allah menurunkan al-Qur’an sekaligus ke langit
dunia, pusat turunnya al-Qur’an secara beransur-ansur. Lalu, Allah
menurunkannya kepada Rasul-Nya bahagian demi bahagian.” (Hadis Riwayat al-Hakim
& al-Baihaqi)
iv – Menurut Ibnu Abbas, “al-Qur’an
diturunkan pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) pada bulan Ramadhan ke langit
dunia secara sekaligus; lalu ia diturunkan secara berangsur-angsur.” (Hadis
Riwayat ath-Thabrani)
2 – Mazhab (pendapat)
Yang Kedua,
Iaitu yang diriwayatkan oleh
asy-Sya’bi (seorang Tabi’in besar, wafat 109H) bahawa yang dimaksudkan dengan
turunnya al-Qur’an dalam ayat-ayat di atas ialah permulaan turunnya al-Qur’an
itu bermula pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) di bulan Ramadhan, yang
merupakan malam yang diberkahi (malam kemuliaan). Kemudian selepas itu ia
diturunkan secara beransur-ansur bersesuai dengan kepalbagaian peristiwa yang
mengiringinya selama kurang lebih dua puluh tiga tahun. Dengan yang demikian,
al-Qur’an diturunkan hanya dengan satu cara sahaja, iaitu turun secara
beransur-ansur kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan yang
demikian inilah yang dinyatakan di dalam al-Qur’an,
“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan
dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan
Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
Orang-orang musyrik yang diberi tahu
bahawa kitab-kitab samawi terdahulu turun sekaligus, menginginkan al-Qur’an
juga turut diturunkan dengan sekaligus,
“Dan orang-orang yang kafir berkata:
“Mengapa tidak diturunkan al-Q ur’an itu kepada Muhammad semuanya secara
sekaligus?” al-Qur’an diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami
hendak menetapkan (meneguhkan) hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami
nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak
membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan
Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk
menangkis segala yang mereka katakan itu).” (Surah Al-Furqan, 25: 32-33)
Keistimewaan bulan Ramadhan dan
lailatul Qadr yang merupakan malam yang diberkahi itu tidak akan tampak
(dilihat) oleh manusia kecuali yang dimaksudkan oleh ayat- ayat di atas, iaitu
turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah. Yang demikian ini bersesuaian dengan apa
yang terdapat di dalam firman Allah mengenai perang badar,
“…Dan (beriman kepada) apa yang kami
turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Anfal, 8: 41)
Perang Badar terjadi dalam bulan
Ramadhan. Perkara ini diperkuatkan pula oleh hadis yang dijadikan pegangan para
peneliti dan pengkaji, tentang hadis awal turunnya wahyu. ‘Aisyah radhiyallahu
‘anha berkata,
“Wahyu yang mula-mula diturunkan
kepada Rasulullah, ialah mimpi yang benar di waktu tidur. Setiap kali bermimpi,
dia melihat apa yang datang bagaikan cahaya terang di pagi hari. Kemudian dia
lebih suka menyendiri. Dia pergi ke Gua Hira’ untuk bertahannuts beberapa malam
dan untuk itu dia membawa bekal. Kemudian kembali ke rumah Khadijah
Radhiyallahu ‘anhu sehingga datanglah kebenaran kepadanya sewaktu berada di Gua
Hira’. Malaikat datang kepadanya dan berkata; “Bacalah”. Muhammad berkata; “Aku
tidak tahu membaca”. Lalu dia memegang dan merangkulku sehingga aku sesak
nafas, kemudian dia melepaskan aku, lalu berkata lagi; “Bacalah”. Aku menjawab,
“Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk yang kedua kalinya
sehingga aku sesak nafas, lalu dia melepaskan aku, lalu berkata, “Bacalah”. Aku
menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk ketiga kalinya
sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya;
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, sehingga dengan apa
yang belum diketahuinya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Para peneliti menjelaskan bahawa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada mulanya diberi tahu dengan mimpi
pada bulan kelahirannya, iaitu bulan Rabi’ul Awwal. Masanya enam bulan.
Kemudian ia diberi wahyu dalarn keadaan sedar (jaga) pada bulan Ramadhan dengan
turunnya Iqra’ (dari surah al-Alaq). Dengan demikian, maka nash-nash yang
terdahulu itu menunjukkan kepada satu pengertian.
3 – Mazhab (pendapat)
Yang Ketiga,
Al-Qur’an diturunkan ke langit dunia
pada dua puIuh tiga malam kemuliaan (Lailatul Qadr), yang pada setiap malamnya
selama malam-malam kemuliaan itu ada yang ditentukan Allah untuk diturunkan
pada setiap tahunnya. Dan jumlah untuk masa satu tahun penuh itu kemudian
diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah sepanjang tahun. Madzhab ini
adalah hasil ijtihad sebagian mufassirin. Pendapat ini tidak mempunyai dalil.
Adapun madzhab kedua yang
diriwayatkan dari asy-Sya’bi, dengan dalil-dalil yang sahih dan dapat diterima,
tidaklah bertentangan dengan mazhab (pendapat) yang pertama yang diriwayatkan
dari Ibnu Abbas.
Pendapat yang kuat ialah: al-Qur’an
al-Karim itu diturunkan melalui dua fasa,
Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr) di
bulan Ramadhan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.
Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur
selama dua puluh tiga tahun.
Imam al-Qurthubi rahimahullah
menukilkan riwayat dari Muqaatil bin Hayyan berkenaan adanya ijma’ tentang
turunnva al-Quran sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit
dunia. Ibnu Abbas menafikan adanya percanggahan di antara ketiga ayat di atas
berkenaan dengan turunnva al-Qur’an dan fakta kehidupan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam. Al-Qur’an itu sememangnya turun selama dua puluh tiga tahun
di bulan-bulan selain Ramadhan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia pernah
ditanya oleb Athiyah bin al-Aswad, katanya, “Dalam hatiku terjadi keraguan
berkenaan firman Allah, “Bulan Ramadhan itu ialah bulan yang di dalamnya
diturunkan al-Qur’an”, dan firman Allah, “Sesungguhnya Kami rnenurunkannya pad
lailatul Qadr”. Padahal al-Qur’an itu ada yang diturunkan pada bulan Syawwal,
Dzulqa’edah, Dzuihijjah, Muharram, Shafar dan Rabi’ui Awwal.” lbnu Abbas
menjawab, “Al-Qur’an ditununkan pada lailatul Qadr sekaligus, kemudian
diturunkan secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit dan terpisah-pisah serta
perlahan-lahan di sepanjang bulan dan hari.” (Hadis Riwayat Ibnu Mardawaih dan
al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma’ wa ash-Shifat)
Para ulama mengisyaratkan berkenaan
beberapa hikmah terhadap fenomena penurunan al-Qur’an di antaranya adalah demi
menyatakan kebesaran al-Qur’an dan kemuliaan orang yang kepadanya al-Quran
diturunkan. Kata Imam as-Suyuthi, “Dikatakan bahawa rahsia diturunkannya
al-Qur’an dengan sekaligus ke langit dunia adalah untuk memuliakannya dan
memuliakan (kelompok) yang kepadanya al-Qur’an diturunkan; memberitahukan
kepada penghuni tujuh langit bahawa al-Qur’an adalah kitab terakhir yang
diturunkan kepada Rasul terakhir demi kemulian umat manusia. Kitab tersebut
kini telah di ambang pintu dan akan segera diturunkan kepada mereka. Seandainya
tidak ada hikmah Ilahi yang menghendaki disampaikan al-Qur’an kepada mereka
secara beransur-ansur bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi,
tentulah ia diturunkan ke bumi sekaligus seperti halnya kitab-kitab yang
diturunkan sebelumnya. Tetapi Allah membezakannya dari kitab-kitab yang
sebelumnya. Maka dijadikanlah dua ciri tersendiri; diturunkan secara sekaligus,
kemudian diturunkan secara bertahap-tahap demi untuk menghormati orang yang
menerimanya.”
As-Sakhawi mengatakan dalam Jamal
al-Qurra’, “Turunnya al-Qur’an ke langit dunia sekaligus itu menunjukkan suatu
penghormatan kepada keturunan Adam di hadapan para malaikat serta pemberitahuan
kepada mereka betapa perhatian Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Dalam
pengertian inilah Allah memerintahkan tujuh puluh ribu malaikat untuk mengawal
surat al-An’am,
Ibnu Abbas menyatakan, “Surah
al-An’am itu turun di Makkah sekaligus di waktu malam. Ia diiringi oleh tujuh
puluh ribu malaikat yang bertasbih.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Abu
Ubaid dalam Fadha’il al-Qur’an))
dan dalam pengertian ini pula Allah
memerintahkan Jibril agar memerintahkan kepada para malaikat pencatat yang
mulia, menuliskan dan membacakannya kepadanya.” (Lihat juga, al-Itqan, 1/40,
41)
4 – Mazhab (pendapat)
Keempat,
Ada juga sebahagian ulama yang
berpandangan bahawa al-Qur’an turun pertama-tama kalinya secara berangsur-ansur
ke Lauh Mahfuzh berdasarkan firman Allah Ta’ala, “Tidak lain ia adalah
al-Qur’an yang mulia, di Lauh Mahfuth.” … Kemudian setelah itu ia turun dari
Lauh Mahfuz secara serentak seperti itu ke Baitul ‘Izzah. Selanjutnya, ia turun
sedikit demi sedikit. Dengan demikian, ini bererti ia turun melalui tiga tahap
(fasa).
Dan perkara ini tidaklah
bertentangan dengan yang sebelumnya yang telah ditarjihkan. Bagairnanapun juga
al-Qur’an al-Karim sudah ada dalarn Lauh Mahfuzh meliputi semua urusan ghaib
yang sudah ditetapkan di dalamnya. Dan al-Qur’an turun sekaligus dari Lauh
Mahfuzh ke Baitul Izzah dari langit dunia (sebagaimana riwayat dari Ibnu Abbas)
pada lailatul Qadr, malam yang penuh berkah di bulan Ramadhan. Ini adalah
kerana tidak ada yang menghalangi turunnya al-Qur’an secara sekaligus, bermula
dari turunnya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara
beransur-ansur dalam satu malam. Dengan demikian, tidak ada pertentangan di
antara kepelbagaian pendapat ini jika dikecualikan mazhab ketiga yang tidak ada
dalilnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar